by abidaallah. Powered by Blogger.
RSS

Tuesday, June 14, 2011

serikandi-serikandi islam

assalam...kepada semua sahabat-sahabat,,
       alhamdulillah,,dapat juga ana meneruskan dengan laman dakwah ana,syukur sangat dengan adanya broadband kat rumah ana,malam yamg sunyi ni,ana keseorangan dikamar adik-adik dan ibu bapa ana dah pun masuk tidur,tinggal ana dan kucing yang ana sayangi.
        tinggal seorangan ni,ana terfikir sejenak apabila ana dapat menghabiskan bacaan buku yang berjudul 10 wanita terkemuka di zaman rasulullah, bila ana habis baca , ana rasa terkilan kerana banyak rupanya ilmu dan tokoh-tokoh islam yang ana tidak kenal..rasa sedih pun ada.
           lagi-lagi bila ana teringatkan umat islam didunia ni,ALLAH,,,ana rasa banyak sangat perkara yang sia-sia dilakukan,sedih,pilu,hiba semua ada pada diri ana.lagi-lagi bila ana ikut menolong mak ana berniaga, macam-macam orang ana jumpa,sedih melihat mereka yang jahil dan kurang ilmu,,banyak yang mereka tinggalkan,,terutama tentang islam, lagi sedih solat ditinggalkan,, sedih sangat bila ana lihat semua ni,ana hanya mampu berdoa sahaja kepada ALLAH....
           apabila kita menyelami balik kisah-kisah sejarah islam dulu, mereka semua korbankan untuk menegakkan agama islam, jika mereka yang terdahulu tidak emungkinan islam waallahuaklam tak tahu apa akan jadi, yang ana takjubkan adalah perjuangan serikandi-serikandi islam yang sanggup mati syahid dan mengorbankan semua harta,jiwa dan segalanya untuk islam,,,ALLAH,,,
           antara tokoh serikandi itu ialah saidatina khadijah,saidatina aisyah,fatimah zahrah,al khansa,ummu salamah,asma bte abu bakar,ummu aiman,nasibah bte kaab,ummu sulaim,dan fatimah bte khattab.
          adakah mereka semua ni kita kenal?atausebahagian saja?mungkin nama pun kita tidak pernah dengar..jadi sahabt,,sama-sama kita muhasabah diri....

WALLAHUAKLAM...
create by nur....

No comments:

Post a Comment