fikiran masyarakat islam sekarang...

alhamdulillah..dapat juga ana teruskan karya di blog ana yang tidak seberapa ini.

      hari ini ana ingin berkongsi sedikit cerita, sebenarnya internet banyak juga faedahnya kalau kita pandai menggunakannya, melalui internet juga ana dapat mengkaji dan selidiki tapi sama ja maksudnya pandangan masyrakat islam sekarang. terutama di negara kita Malaysia.

      bila ana baca 1 blog hamba ALLAH ini, ana rase terkilan dan sedih dengan orang2 yang memberi komen pada blog dia.adakah mereka tidak mahu menggunakan garis panduan yang diberikan oleh ISLAM kepada kehidupan kita?kebanyakan mengatakan boleh ke nak gunakan cara islam?tidak susah ke?nanti macam mana dengan bangsa dan agama yang lain?pernah ana teringat kisah seorang hamba ALLAH ini, di sekolahnya sahabat2 dia pernah membincangkan tentang perkara ini, katanya macam manalah kalau negara kita di pegang oleh pemimpin yang alim/ulama'(PAS) katanyalah!!!mesti kena pakai tudungkan?kena oakai tudung labuh,kena tutup aurat,tidak boleh bercouple,macam mana nanti dengan bangsa lain?negara kitakan berbagai kaum dan bangsa?.Ya ALLAH..astaghfirullah...ini yang mereka takutkan?ini yang mereka risaukan dan takut?tidakkah mereka fikir tentang mati?akhirat?syurga?neraka?memang benarlah sabda hadis nabi tentang uamt akhir zaman dan kalamullah dalam surah ar-rum.

         bila fikirkan balik,ana sedih dengan pemikiran umat Islam sekarang.adakah mereka memikirkan dunyawi sahaja?memng benarlah bacaan di karang oleh fathi yakan tentang golongan manusia ini, ada yang memikirkan dan mengejar dunyawi sahaja...adakah pemikiran macam ini yang kita ingin ikuti?dan pengalaman ana sendiri, bila melihat seorang muslimah berjilbab labuh,mula menghindarkan diri dan berpandangan pelik...seorang hamba ALLAH ini perempuan tidak pernah berbual dan menegur ana kerana ana berjilbab labuh..ana pelik?dan cuba menjauhkan diri dari berbual dengan ana...jadi disini tidaklah sesetengah kata2 orang yang muslimah bertudung labuh sebahagiannya sombong dan tidak menegur orang..jadi situasi ana ni bagaimana?adakah ana sombong atau apa?WALLAHUAKLAM...

     dan lagi...baru hari ini ana ada membaca sebuah blog yang dia memberi pendapat dia sendiri tentang islam,dan pada ana apa yang diberikan memang benar dan termaktub dalam islam..tapi kenapa ade orang islam sendiri yang tidak setuju dan memperlekehkan pendapat dia..ya ALLAH,,,umat islam sendiri yang tidak setuju tentang perundangan islam itu sendiri, bagaimana pula orang yang bukan islam?pasti mereka pandang serong kapada umat islam..terbukti ditempat belajar ana sendiri,,,bagaimana ISLAM akan membangun di negara kita kalau begini sikap kita?

         jadinya sama-sama kita muhasabah diri untuk kita mengimbas dan berfikir sejenak tentang semua ini..ISLAM adalah agama yang termulia.''innad dinna inda ALLAHi ISLAM'' ingatlah...bila lagi kita ingin dibelenggu dengan dosa?maksiat?dan macam2 lagi....siapalah diri ana untuk mengatakan semua ini,tapi ana berpegang pd kate2 rasulullah S.A.W."qul alhaq walau kana murran"katakanlah yg benar walaupun ianya pahit..



WALLAHUAKALAM..

created by hamba ALLAH yg lemah lagi hina
     
       

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

duit syiling yasin.....

tokoh islam al-kindi...

NAILAH AL-FARAFISYA...seorg wanita yg setia terhadap suaminya hingga akhir hayatnya...