tokoh islam al-kindi...
assalammualaikum w.b.t.
rasenya dah lama tak update blog, alhamdulillah harini ALLAh telah membrikan waktu pada saya untuk meneruskan penulisan dalam blog saya yang tak seberape ini, sahabat-sahabat dan pembaca sekalian, harini saya ingin kongsikan sedikit seorang tokoh islam yang kita pernah dengar mungkin juga tidak. tokoh tersebut adalah tak lain tak bukan adalah al-kindi seorang tokoh islam dan ilmuan pada zaman pemerintahan khalifah abbasiyah, sumbangan beliau begitu banyak sekali, mungkin kita kenal al-kindi dengan falsafahnya yang masyhur,,sebenarnya beliau terkenal juga dengan ilmu-ilmu yang lain. di sini, saya sertakan biodata beliau dan sumbangan beliau pada sesetengah ilmu:
rasenya dah lama tak update blog, alhamdulillah harini ALLAh telah membrikan waktu pada saya untuk meneruskan penulisan dalam blog saya yang tak seberape ini, sahabat-sahabat dan pembaca sekalian, harini saya ingin kongsikan sedikit seorang tokoh islam yang kita pernah dengar mungkin juga tidak. tokoh tersebut adalah tak lain tak bukan adalah al-kindi seorang tokoh islam dan ilmuan pada zaman pemerintahan khalifah abbasiyah, sumbangan beliau begitu banyak sekali, mungkin kita kenal al-kindi dengan falsafahnya yang masyhur,,sebenarnya beliau terkenal juga dengan ilmu-ilmu yang lain. di sini, saya sertakan biodata beliau dan sumbangan beliau pada sesetengah ilmu:
AL-KINDI
Biodata beliau
- Abu yusuf ya’qub bin ishaq al-kindi. Dilahirkan di kota kufah pada tahun 185 h/801 masihi, beliau berketurunan yaman dan dari bangsawan yang mana salasilah keluarganya daripada keturunan ya’arab bin qahtham merupakan pemimipin bangsa yaman, mereka adalah saba’, kahlan, harits hingga sampai kepada asy’ats bin qais yang sempat bertemu rasulullah s.a.w. dan mengislamkan dirinya didepan baginda.
- Al-kindi membesar sebagai seorang anak yatim dan hidup dalam keadaan mewah kerana telah diwariskan sebuah rumah yang besar dari keturunannya.
- Beliau mendapat pendidikan pada mulanya di kufah, kemudian di basrah dan berakhir di Baghdad. Beliau belajar ilmu falsafah dengan meringkaskan dan mentafsir dan mencatat dari pakar falsafah pada zamannya keran beliau merasakan susah untuk membaca buku terjemahan.
- Bangsa eropah mengenalinya dengan gelaran al-kindus, beliau hidup pada zaman pemerintahan al-ma’mum dan anaknya al-mu’tasim.
Antara sumbangan al-kindi
-teori mengenai relatif-
- al-kindi merupakan para ilmuan islam yang mencetuskan mengenai teori relative sebelum albert Einstein. Mengenai relative antara ruang dan waktu. al-kindi mengatakan manusia adalah makhluk yang relatif dan terbatas. Beliau mengaitkan dengan waktu itu ada krn terdapat pergerakan. merujuk pada firman ALLAH s.w.t.:
Èe@ä3Ïj9 7p¨Bé& $uZù=yèy_ %¸3|¡YtB öNèd çnqà6Å$tR ( xsù y7¨YããÌ»oYã Îû ÍöDF{$# 4 äí÷$#ur 4n<Î) y7În/u ( y7¨RÎ) 4n?yès9 Wèd 5OÉ)tGó¡B ÇÏÐÈ
67. bagi tiap-tiap umat, Kami adakan satu syariat Yang tertentu untuk mereka ikuti dan jalankan, maka janganlah Ahli-ahli syariat Yang lain membantahmu Dalam urusan syariaatmu; dan serulah (Wahai Muhammad) umat manusia kepada ugama Tuhanmu, kerana Sesungguhnya Engkau adalah berada di atas jalan Yang lurus.
ãÎn/yã tøBF{$# ÆÏB Ïä!$yJ¡¡9$# n<Î) ÇÚöF{$# ¢OèO ßlã÷èt Ïmøs9Î) Îû 5Qöqt tb%x. ÿ¼çnâ#yø)ÏB y#ø9r& 7puZy $£JÏiB tbrãès? ÇÎÈ
5. Allah mentadbirkan makhluk-makhlukNya; (bagi melaksanakan tadbirNya itu ia menurunkan Segala sebab dan peraturan) dari langit ke bumi; kemudian diangkat naik kepada pengetahuannya (segala Yang berlaku dari perlaksanaan tadbirNya itu untuk dihakimiNya) pada suatu masa Yang (dirasai oleh orang-orang Yang bersalah) banyak bilangan tahunnya menurut hitungan masa kamu Yang biasa.
-industri minyak wangi-
- al-kindi adalah org pertama yang menemui berbagai jenis minyak wangi dan produk minyak wangi di iraq pada thn 801 m. Beliau digelar bapa industri pertama minyak wangi dan telah melakukan berbagai jenis kajian dan eksperimen secara besar-besaran dgn menggabungkan berbagai jenis tanaman dan bahan2 lain untuk menghasilkan pelbagai jenis bau termasuk barang kosmetik dan ubat-ubatan. Penyediaan minyak wangi al-kindi digelar ghaliya yg diperbuat drpd kasturi ambar lilin, dan berbagai jenis bahan lain.
-dalam bidang muzik-
-beliau pakar dalam bidang muzik dan banyak menghasilkan buku-buku mengenai teori muzik, antara karya beliau yg diterjemah ke dalam bahasa eropah adalah on the melodies. Beliau berjaya menemui not muzik apabila digabungkan akan menghasilkan harmoni. Mengikut beliau, nada-nada suara yg telalu rendah dan telalu tinggi adalah tidak seimbang dan tidak menyenangkan.
-memecahkan kod al-kindi-
- al-kindi pernah menggegarkan dunia dgn mengadakan cryptanalysis atau meemcahkan kod secara sistematik buat pertama kalinya dalam sejarah, beliau juga yang menyebabkan munculnya bidang ilmu mengenai kod pesanan atau kriptilogi. Perkembangan pesanan berkod berkembang pada zaman abbasiyah di bahgdad lebih kurang abad ke-9 m. Al-kindi orang pertama yang buat kajian khas menengenai kriptologi, dengan ilmu pengetahuan yang luas dalam bidang bahasa,matematik, dan statistik, 3 ilmu ini berperanan besar dlm usaha mengkaji kriptologi. Beliau telah menulis dalam risalahnya mengenai langkah-langkah untuk menafsirkan pesanan berkod dengan mudah. teknik beliau memecahkan kod yang dikenali sebagai frequency analysis(analisis frekuensi atau menganalisis berdasarkan kekerapan sesuatu huruf digunakan dlm pesanan rahsia).
Dengan sumbangan beliau ini, banyak ilmu pengetahuan yang dipelajari oleh para ilmuan dan juga umt islam selepasnya sehingga zaman sekarang.
inilah serba sedikit mengenai al-kindi..wallahuaklam,,,
by abidaallah...
Tahu tak di mana boleh dapat kitab risalah fi istikhraj al ma'ma ataupun nama lain Kindi's manuscript On Deciphering Cryptographic Messages ?
BalasPadam