by abidaallah. Powered by Blogger.
RSS

Monday, October 31, 2011

duit syiling yasin.....

assalamualaikum....arini saya ingin satu kisah atau satu benda tentang duit purba lama, iaitu duit syiling yasin, pasti ada yang tahu tentang duit ini. saya tertarik untuk mengetahui tentang duit yasin ini, mula-mula sekali kenapa duit ini diberi nama yasin kerana bentuk duit ini dan tulisan disitu ade tulisan arab iaitu yasin, dan bentuk belakangnya ada gambar orang tua, rama-rama, dan toyol kemungkinan.

duit yasin ini dikatakan mula-mula perjumpaannya adalah di gunung ledang, emm itu yang membuatkan saya tertarik tentang duit ini, dan kita lihat masyarakat sekarang terutama orang melayu mesti dan teringin beli duit ini, tapi yang menyedihkan mereka telah melakukan syirik astaghfirullah....

keluarga saya sendiri ada menjual duit yasin ini, pada mulanya bukan untuk dijual kerana ayah saya suka menyimpan barang sejarah dan tidak disangka ianya dibuat untuk menjual kerana ramai permintaan dari kawan-kawan dan masyarakat, jadinya duti itu ayah saya menjualkannya. memang menarik tentang duit ini tapi penuh dengan rahsia dan misteri.

dikatakan duit ini misteri dan rahsia adalah kerana para sejarwan belum lagi tahu kenapa duit ini diciptakan adakah untuk jual beli dangang pada zaman tersebut?atau tanda yang islam pernah muncul pada zaman tersebut dan dikatakan ada kaitan tentang puteri gunung ledang emm,,,memang memusykilkan..

lebih menarik lagi, duit ini dikaitkan dengan surah yasin kerana adanya perkataan yasin dalam arab, dan yang peliknya jika duit ini berkaitan tentang kedatanganislam kenapa belakang duit ini ada gambar orang tua, rama-rama dan memusykilkan ada gambar toyol??memang memusykilkan dan penuh tanda tanya...dan menarik jugak tentang yasin itu yang mana setiap duit syiling ada perkataan yasin yang diukir berbeza patah perkataan ada yang lima, tujuh dan sebagainya..nombor tersebut adalah nombor ganjil.

memang jika kita kaji tentang duit ini, banyak persoalan dan tanda tanya yang akan timbul.jika kita muhasabah diri dan renung seketika tentang diri kita dan negara kita sendiri rupanya banyak lagi khazanah sejarah dan ilmu yang kita tidak ketahui lagi...dengan itu, memang haruslah kita menuntut ilmu...










by abidaallah....

1 comment:

  1. Assalammualaikum, saya juga ada beberapa duit ini peninggalan datuk saya. Saya juga ingin tahu bila duit itu di buat dat untuk apa?

    ReplyDelete